Tuesday 4 September 2012

Bila waktu terbaik untuk makan vitamin??

"Bila nak makan vitamin C ni?
"B-Complex ni kena ambil lepas makan ye?"
Boleh ke nak makan Alfalfa sebelum tido?"
Boleh ke campur2 dengan ubat lain??

Inilah antara soalan2 yang biasa diutarakan oleh customer saya sejak saya menjadi pengedar Shaklee...Saya juga seperti anda dulu..sewaktu mula2 nak makan bermacam2 jenis supplement shaklee ni teragak-agak ..bila nak makan vit ni..yang ni pulak bila nak kena mkan..haayaa banyak pening kalau tiada pnduan yang betul...







Selalunya saya akan mencadangkan kepada pengguna untuk ambil vitamin pada pada waktu malam atau selepas makan malam kerana nutrien lebih mudah menyerap pada pada waktu tidur kerana badan sedang berehat. Namun, kalau kita boleh berdisplin, sesetengah vitamin lebih sesuai di makan pada waktu-waktu berbeza.

Sebagai panduan buat semua, di bawah adalah aturan asas pengambilan vitamin yang baik mengikut sifatnya.

VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.

VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.


APA YANG TIDAK DIGALAKKAN

  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.
  • Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi ke dalam VitaLea Shaklee. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

  • Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang berjalan lancar dan membuahkan hasil, sila teruskan. Namun jika tidak memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walaubagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

 credit


JADUAL PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

Bagi memudahkan panduan kebanyakan pelanggan Wondermum, kami mencadangkan waktu pengambilan vitamin dan supplemen Shaklee

 
Waktu Cadangan Pengambilan
Pagi B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi ESP
Tengah Hari Vitamin C dan Alfalfa
Minum Petang ESP
Makan Malam Lecithin/Kalsium/Vitamin E/
Supplement Cadangan Pengambilan
Zinc Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.

Mudahkan? Apa-apa pun, jadual pengambilan vitamin dan supplemen ini hanyalah panduan kepada anda semua namun kesesuaiannya masih bergantung kepada individu..Selamat mencuba!!

Berminat untuk mencuba produk Shaklee? Hubungi saya di trio_dinamic@yahoo.com atau sms@whatsapp di talian 0199508587
 

Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati