Wednesday 22 May 2013

SUPPLEMENT UNTUK MASALAH BUASIR

BUASIR ?? OHH NOOOO....




Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis buasir
1)Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

2 ) Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab utama

1.Sentiasa duduk
2.Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
3.Cirit-birit
4.Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
5.Batuk yang teruk
6.Bersalin
7.Mengangkat berat
8.Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.


Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

1.Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

2.Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

3. Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

4.Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

credit

Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir anda…Antaranya ialah…OSTEMATRIX, OMEGA GUARD dan ZINC COMPLEX…



OSTEMATRIX :  


  •  membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.



 OMEGA GUARD :



  • Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.



 ZINC COMPLEX :



  • Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.ZINC COMPLEX membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

saya pernah mengalami buasir ketika mengandung anak pertama.waktu tu kandungan 32 minggu..
memang rasa ngeri...

tapi kehamilan kedua tiada masalah buasir..
sampai sekarang pun tiada..
Alhamdulillah..
.
Ingin mengetahui maklumat lanjut dan panduan pembelian tentang supplement ini??boleh hubungi saya ;

Sms/Whatapps/Call di talian 010 5156952...

saya sedia membantu..;-))



Terima Kasih

VIVIX DAN MANFAATNYA

VIVIX DAN MANFAATNYA



Apakah sebenarnya Vivix ini? 


  • Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 


  • Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 


  • VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.


MANFAATNYA : 

1)Memperbaiki DNA.
 Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. 

2) Memperbaiki tenaga sel. 
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. 

3) Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan. 


Jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut???
 boleh hubungi saya di talian 010 5156952 (sms/whatapps/call)

Terima Kasih

MIGRAINE ???

ADUHH SAKIT KEPALA...



Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan..... kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan ?? ..tapi apa kesan jangka panjang kepada kesihatan? yang kita tidak tahu kesan untuk umurkita yang akan datang..badan je lah yang tahu..... 

Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:

1) Sakit kepala kerana tekanan
2) Sakit kepala kerana sinus
3) Sakit kepala kerana migrain


Saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

CARA UNTUK MENGATASI MIGRAIN..

1) Gangguan Tidur

Tidur selalu dikaitkan dengan migrain terutama kerap berjaga tengah malam. Silalah perbaiki cara tidur anda kerana tidur yang cukup dapat memendekkan tempoh sakit kepala ketika migrain.

2) Puasa

Puasa dikatakan boleh mengurangkan migrain kerana apabila berpuasa, pengambila gula akan berkurangan dan dapat mengelakkan stress.

3) Cahaya

Biasanya mereka yang banyak berjemur paling senang nak dapat migrain jadi elakkan keluar ketika matahari terik dan kurangkan jarak ketika menonton televisyen.

Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk masalah migrain ialah :

1)
Ostematrix 



yang terdiri daripada : 

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

2) B complex


  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

Anda berminat untuk mengetahui maklumat lebih lanjut serta cara pembelian??Boleh hubungi saya di talian 0199508587 ..saya sedia membantu..;-))
Terima Kasih

ENERGY SOY PROTEIN - ESP SHAKLEE

SEGALANYA TENTANG ESP




ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) 
******************************************
Pernahkah anda dengar tentang Energizing Soy Protein Shaklee?? Anda masih lagi tercari-cari supplement yang bagus untuk kesihatan anda luaran dan dalaman?Apa kata anda cuba ESP, dan saya pasti anda akan teruja dengan kesannya seperti ribuan pengguna yang lain…Dan ianya sangat berbaloi dan setanding dengan harga dan kualitinya..

TAHUKAH ANDA?
-----------------------
1- Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita.
2- Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.
3- Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti:-
-Membina sel-sel baru
-Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru
-Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru

KENAPA ESP SHAKLEE?
-------------------------------
~Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
~Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
~Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
~Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
~Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
~Kandungan lemak sangat minum iaitu (1gm)
~Tanpa laktosa~ Kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
~Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
~Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.
~‘Versatile’ kerana boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan teh.

KELEBIHAN SHAKLEE ESP UNTUK ANDA :
---------------------------------------------
1) Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2) Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
3) Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4) Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
5) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. Testimoni sebenar dari rakan saya yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa kurang dari sebulan hanya dengan ESP.
6) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
7) Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
 Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
9) Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.
10) Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

 SIAPA YANG PERLU AMBIL ESP ??
---------------------------------------
1) Ibu yang sedang hamil
2) Ibu yang sedang menyusukan anak
3) Orang yang ingin mengurangkan berat badan
4) Orang yang sentiasa inginkan kulit yang cantik
5) Orang yang baru lepas menjalani pembedahan
6) Orang yang inginkan kesihatan optimum
7) Orang yang ada masalah kesuburan
 Sesiapa sahaja yang menginginkan taraf kesihatan yang lebih baik


credit:WonderfulLife.my




Terima Kasih

NIKMATNYA SUSU IBU

PENYUSUAN SUSU IBU EKSKLUSIF





1) Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu.

2) Kuantiti kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Bayi hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama hingga hari ketiga.

3) Semakin kerap payudara dikosongkan , semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payudara.

4) Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payudara dikosongkan 8 hingga 12 kali dalam tempoh 12 jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payudara apabila berjauhan dengannya.

5) Bayi berupaya untuk hidup, 1 hingga 2 hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.

6) Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat meransang lebih banyak penghasilan susu ibu.

7) Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan bayi. Hisapan bayi adalah ransangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan dia menyusu sepuasnya dan anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dapat dikosngkan dengan sebaik-baiknya.

8) Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payudara, pam sebelah lagi payudara . Hal ini bagi memastikan payu dara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.

9) Jika stok sedikit, amalkan power pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya anda perlu mengepam 1- minit - rehat 10 minit - pam 10 minit - rehat 10 minit - dan pam 10 minit dalam tempoh sejam.

10) Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air kosong minimum 3 hingga 4 liter sehari. 

11) Amalkan zikir Ya Mattin , 70 kali setiap kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan subuh serta sewaktu mengepam. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air dan minum.

12) Sebelum tamat tempoh cuti bersalin , anda perlu mengajar bayi anda menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif seperti melalui botol susu selepas usianya 50 hari. Anda tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi mintalah bantuan seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukannya.

sumber : pa&ma



Terima Kasih

SET BERSALIN SHAKLEE

SET BERSALIN MODEN DAN TERBAIK



Bagi ibu-ibu yang masih mencari produk untuk berpantang/bersalin yang mana sesuai dan selamat.. Boleh cuba Set Berpantang / Bersalin Shaklee..

Kenapa perlu pilih Set Berpantang / Bersalin Shaklee?

- Membantu menyembuhkan luka dengan cepat
- Membantu dalam penyusuan susu ibu
- Sangat sesuai diambil oleh ibu sebaik sahaja selepas bersalin, walaupun anak mengalami demam kuning / jaundice
- Mengelakkan ibu dari sembelit semasa berpantang
- Membantu ibu menurunkan berat badan dan sentiasa bertenaga
- Selamat di ambi tiada kesan sampingan / cirit-birit kepada bayi

Mari kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini.....

Vita-Lea
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg 
kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang 
dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi 
penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

Zinc Complex
* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat 
kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn 
baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Vitamin C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara 
konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....

Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Ostematrix
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang.

SECARA KESIMPULANNYA : 


SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG..;-))

~ Selamat - tiada bahan kimia, pengawet, pewarna tiruan dan 100% semulajadi. tiada kesan sampingan.

~Berkesan - Oleh kerana bahan semulajadi ia sesuai untuk keperluan tubuh dan membantu ibu cepat baik serta lebih sihat dan bertenaga.

~Senang dan praktikal - ibu-ibu cuma perlu sediakan air masak, buka botol dan telan. tiada bau yang tidak menyenangkan dan tiada rasa panas badan.

~Membantu penyusuan - keistimewaan yang sangat unik, set berpantang shaklee 2 dalam 1 , selesai berpantang ia automatik menjadi set penyusuan. kerana set ini mampu bertahan sehingga 4bulan.-digalakkan mengambil alfalfa, protein soya (ESP) dan kalsium (Ostematrix)

~Melengkapkan nutrisi berpantang dan menyusu - tempoh berpantang banyak larangannya dalam menu makanan harian. Vitamin shaklee menbantu memenuhi nutrisi harian

Berminat ?? boleh mendapatkan maklumat lanjut serta panduan dengan menghubungi saya di : 

SID : 882369
H/P NO : 010 5156952
FB  : FB PERSONAL




Terima Kasih

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati