Wednesday 10 December 2014

BUASIR??? RAWAT SEBELUM PARAH

BUASIR???OH NO....



  • Sentiasa sakit ketika membuang air besar & najis terlalu keras?
  • Rasa tidak selesa pada dubur seperti sakit dan gatal?
  • Keluar darah ketika membuang air besar?
  • Sukar untuk anda berjalan atau duduk disebabkan buasir?
  • Anda sentiasa mengalami sembelit dan jarang sekali membuang air besar?
  • Anda telah mencuba pelbagai cara termasuk membeli pelbagai jenis ubat dan krim untuk menghapuskan buasir namun ianya gagal dan sia-sia?
  • Setiap kali selepas membuang air besar anda terpaksa ‘memasukkan’ semula benjolan yang keluar dari lubang anus?

Jika anda jawab YA, maka anda memang berada di tempat yang betul. saya akan memceritakan cara merawat penyakit buasir yang sedang anda alami dengan selamat, cepat & berkesan.

Saya pasti, pelbagai masalah, persoalan dan halangan yang terpaksa anda lalui dalam usaha anda mencari-cari penawar bagi penyakit buasir.

Tentu sekali perkara-perkara berikut menjadi ‘mimpi buruk’ serta dilema yang terpaksa anda lalui kini...
  • Anda malu nak luahkan masalah buasir ini atau bertanya secara terus bersemuka dengan sesiapa pun. Walaupun mereka yang pakar dalam bidang perubatan seperti doktor, anda masih berasa ragu-ragu dan segan untuk beritahu mereka.
  • Hidup anda menjadi tidak tenang dan terpaksa menanggung derita akibat kesakitan yang teramat sangat disebabkan oleh buasir tersebut.
  • Anda tak tahu macam mana dan tak tahu nak rujuk di mana bagi mencari penawar bagi penyakit buasir.
  • Takut nak ambil ubat yang anda sendiri tidak yakin akan keberkesannannya. Takut-takut nanti ada side-effect yang akan membuatkan buasir anda menjadi lebih parah. Banyak berlambak ubat-ubat yang dijual di luar sana, di kaki-kaki lima dan pasar malam. Tapi anda tak yakin ianya benar-benar selamat.
  • Anda tak pasti samada anda sedang alami buasir ataupun tidak. Tiap kali anda buang air besar, ada bonjol terkeluar. Tak sure buasir ke apa tu?
  • Nak tanya rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang lain, anda segan. Malu nak cakap hal-hal ‘bawah kain’ anda ni secara terang-terangan.
  • Perasaan risau, rasa rendah diri dan rasa tertekan sering melanda hidup anda. Masalah buasir ini memang mengganggu hidup anda untuk melakukan aktiviti harian.
  • Dan pelbagai lagi masalah dan dilema yang membelenggu fikiran anda dalam usaha anda mencari penawar sebenar bagi penyakit buasir.


credit



Buasir menyerang tidak kira usia..terutamanya terjadi selepas bersalin@sewaktu hamil..
Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

 Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.


Jenis - Jenis Buasir

Ada dua jenis buasir iaitu dalaman dan luaran.

Buasir atau hemorrhoids boleh di kategorikan kepada dua kumpulan iaitu buasir dalaman dan buasir luaran.  Buasir dalaman adalah apabila buasir bermula dari dalam saluran dubur. Sementara buasir luaran pula berasal dari kawasan sekeliling lubang dubur.

• Buasir Dalaman:

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang tertekan, teregang dan kadangkala ianya boleh pecah dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Buasir dalaman ini juga boleh menyebabkan pesakit merasa ada ‘ketumbuhan’ (prolapse) terkeluar dilubang anus mereka terutama ketika membuang air besar.

• Buasir Luaran:

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya

credit

Bila sebut soal Buasir ni..rasa mnyeramkan pun ada..saya sendiri mempunyai pengalaman mendapat buasir semasa kehamilan 34 minggu sewaktu mengandung anak pertama..Kebanyakan buasir terjadi kepada ibu hamil atau ibu yang baru bersalin..tapi ada juga kaum lelaki yang mendapat buasir ni atas sebab-sebab tertentu..

Bila google image tentang buasir..tak sanggup rasanya nak letak kat entry ni..sebab image memang mengerikan..rasanya memang azab bila ada yang mengalami buasir kan..



Haa...apa lagi..yang ada buasir tu jangan duk tangguh biar lama-lama yea..bahaya sangat...
Apa supplement untuk orang yang ada buasir yea??atau boleh cegah simptoms-simptoms buasir ni..



  • OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  •  OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.
  •  ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.





Inshallah..dengan izin Allah jua..ramai yang menghadapo masalah buasir berjaya sembuh dengan supplement Shaklee ini..

Set Buasir Shaklee ini menyembuhkan dan menghilangkan terus penyakit buasir dalam hidup anda dengan selamat tanpa sebarang kesan sampingan serta tanpa pembedahan.

  • Ia juga membantu mengurangkan kesakitan akibat buasir anda dalam masa yang cepat.
  • Anda bebas untuk makan apa sahaja setiap hari kerana penyakit buasir anda telahpun berjaya disembuhkan. Anda tahu bahawa pemakanan adalah salah-satu faktor utama punca penyakit buasir ini terjadi ke atas diri anda. Oleh itu, anda perlu bijak mengawal pemakanan anda.
  • Tidak lagi rasa pedih, sakit dan sengsara ketika anda buang air besar.
  • Pastinya anda tidak ingin lagi tiap kali anda ke tandas, ianya bagaikan menjadi suatu pengalaman pahit dan ngeri untuk anda.
  • yang paling best, merasa diri lebih yakin seperti sebelum anda menghidap buasir. Anda dah tak perlu berasa malu-malu ketika berhadapan dengan orang-orang tersayang anda atau sesiapa pun.


Nak baca atau lihat testimoni masalah Buasir??bolek klik di 


Anda berminat untuk mendapat maklumat lanjut??boleh hubungi saya di talian 010 515 69 52
 atau pm terus di fb..panduan dan konsultasi penuh akan saya berikan..;-))

Terima Kasih

SIAPA SAYA??

Bismillahirrahmanirrahim...

Siapa saya ???





Nama diberi Nik Noorul Husna Binti Nik Mat..Ibu kepada 2 cahaya mata setakat entry ini ditulis..;-)
Saya berkongsi kebaikan produk Shklee di samping mnejalankan perniagaan Shaklee since Jun 2012..Alhamdulillah bermula dari pengguna Shaklee hampir setengah tahun...saya tekad untuk berkongsi kebaikan produk dengan anda semua...

Oh yaa,..saya juga ibu yang sangat2 menyintai dunia penyusuan susu ibu..memang jatuh cinta sungguh la dengan dunia penyusuan ni...dari pengalaman pertama melahirkan cahayamata pada Mei 2010 bermulalah perjalanan penyusuan saya dan di situlah juga saya kenal Shaklee ni...;-)

Hingga kini saya Pengedar sah shaklee since Jun 2012 di Malaysia amnya dan Pengedar Sah Shaklee di Ipoh, Perak khususnya..ID saya sah digunakan di seluruh negara Malaysia untuk seluruh rakayat Malysia yang ingin mendapatkan vitamin Shakee dengar saya...hihi..;-)

ID shaklee saya ialah 882369..hmm..sekarang ID shaklee untuk Pengedar Shaklee yang berdaftar dah pun 8 angka..mak aiii...dah masuk angka 1 Juta..betapa besarnya impak Shaklee kepada rakyat Malaysia sehingga ramai yang sukakan dan mengamalkan serta menjalankan perniagaan Shakee ini..


Oh Yaa...untuk penghantaran produk Shaklee saya menggunakan perkhidmatan pos laju...Anda membuat bayaran (tranfer online / cash deposit )  saya akan membuat pengeposan segera yang mungkin..InshaAllah jika tiada masalh barang akan sampai keesok harinya..Tetapi anda perlu memberi detail pengeposan seperti Nama, Alamat dan No. Telefon yang betul untuk bagi memastikan kiriman selamat sampai,


Saya juga owner Qaireen D'Homestay yang terletak di Ipoh, Perak.Jika turun Ipoh jemputlah menginap di Hoemstay saya yea..harga yang sangat berpatutan dan perkhidmatan yang pasti memberi anda kepuasan.

Panjang citer kalu nak dicerita perjalanan saya dengan Shaklee.dari pengguna saya menjadi pengedar sehingga kini..Saya rasa bertuah kerana dibawah group yang sangat hebat.Banyak impak/perubahan yang saya rasa selepas join bisnes Shakee ini..Mengenali insan-insan hebat..dibawak mak shaklee yang sentiasa memberi semngat serpti seorang rapat tidak merasakan jurang antara upline dan dowline..Ukhuwah yang terjalin..serta amalan rohani yang jauh berbeza sebelum saya join Shaklee ini..

Ada kesempatan saya kongsikan lagi pengalaman saya dalam bisnes Shaklee ini yea..







Terima Kasih

Tuesday 9 December 2014

Cara Merawat Sembelit Dengan Cepat dan Semulajadi


Sembelit memang menyakitkan. Lebih-lebih lagi jika ia semakin memudaratkan dan menyebabkan buasir. Namun begitu, cara hidup yang sihat dan aktif boleh membantu melegakan sembelit dan mengurangkan sakit akibat sembelit.


Saya pasti ramai yang tahu apa maksud sembelit dan pasti ramai di kalangan rakyat Malaysia yang mengalami masalah sembelit..jom kita baca apa maksud sebenar SEMBELIT..



Definisi sembelit




Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 

Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengeran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.



Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).



Cara Merawat Sembelit Dengan Cepat dan Semulajadi

Berikut adalah 6 cara untuk merawat sembelit dengan cepat

1. Minum dua hingga empat gelas 8oz tambahan air suam apabila sembelit. Jika anda mempunyai sembelit selama beberapa hari, minum 10-20 auns air kosong setiap pagi sejurus selepas bangun tidur. Anda disarankan minum sekurang-kurangnya 10 gelas air kosong suam setiap hari.

Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksin daripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.








2. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari. Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari. Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

Anda juga boleh mengambil suplemen serat selain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah. Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.







3. Pada sesetengah kes, Kopi boleh membantu. Ramai orang menganggap kopi membantu melegakan sembelit dengan cepat. Ini kerana kafein dalam kopi boleh merangsang otot dalam sistem pencernaan dan menyebabkan pergerakan usus.

Namun begitu, kopi juga diuretik di mana ia menyerap kelembapan daripada najis, menjadikan mereka sukar untuk membuang air . Ada sesetengah doktor mengesyorkan mengelakkan minuman diuretik seperti kopi, alkohol, kola, dan teh.









4. Sorbitol adalah perangsang kolon ringan yang membantu mengurangkan masa pergerakan najis dan seterusnya mengurangkan risiko sembelit Jika anda tidak suka tekstur atau rasa unik prun, jus prune boleh menjadi alternatif yang lebih sedap.


Untuk merawat sembelit, anda disaran makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.






5. Bersenam. Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.






6. Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.







mencari-cari penawar untuk masalah sembelit??dah cuba pelbagai petua dan tips2 tapi masih lagi ada masalah sembelit?? boleh klik di sini

Terima Kasih

Monday 8 December 2014

BUNCIT?? KURUS TAPI BUNCIT??KENALI PUNCANYA DAN TIPS PENYELESAIANNYA...

KENALI PUNCA, TABIAT DAN PENYELESAIANYS PERUT BUNCIT


Selalu kita baca petua dan tips  untuk kempiskan perut kan..tapi kita lupa sebelum ada penyelesaian mesti ada PUNCA kan..kenapa perut buncit itu berlaku kan...

Saya pasti perut buncit memang tidak menyelesakan, tambahan i kita akan berasa rendah diri dan apabila mempunyai masalah perut buncit.  Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang.

Ramai orang kata punca perut buncit adalah ais/ air sejuk kan..tapi sebenarnya pengambilan ais tidak menyebabkan perut buncit. Cuma untuk kesan lebih baik..seeloknya elakkan mengambil minuman berais pada kadar yang kerap.


Tips hilangkan perut buncit:

1. Elak @ kurangkan karbohitrat ringkas
2. Elak @ kurangkan process food

Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.

Karbohidrat Ringkas :
Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut. Dan semua jenis bun, donut, biskut dan kek.

Karbohidrat Kompleks :
Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

kurangkan karbohidrat ringkas kerana jika berlebihan, karbohidrat jenis ini amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.

Apakah sebab perut menjadi buncit?



1) KETURUNAN

- Mengikut kata oleh seorang Pakar Kesihatan iaitu Dr. Selfie C. Rijal bahawa faktor keturunan yang diwarisi oleh turun temurun secara umumnya sukar untuk dielak namun boleh dikawal dengan sebaik mungkin.

2) PENUAAN

- Semakin meningkat usia, semakin berkurangan penghasilan hormon dehibroepiandrosteron (DHEA). Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon DHEA dengan masalah pengumpulan lemak di perut.


3) MAKANAN DAN MINUMAN

- Doktor kelulusan Universiti Padjajaran menjelaskan bahawa gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir merupakan musuh utama kepada perut kita kerana boleh membuatkan otot otot di perut menjadi sudah tidak tegang seperti biasa.

- Dari segi pemakanan pula, alkohol sangat berbahaya bagi tubuh badan kita. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang sangat tinggi, sama seperti kalori dalam makanan yang berlemak. Selain itu, apabila kita minum air alkohol, badan dan hati kita terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan alkohol dari tubuh badan dan pada masa yang sama proses menyaringkan gula akan tertangguh. Hal ini dimana, gila kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh kita sebagai lemak dan ini menyebabkan perut buncit.

- Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut buncit kerana makanan ini mempunyai jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.


4) TEMBAKAU /ROKOK

- Tembakau boleh menjejaskan aktiviti penghadaman dalam tubuh badan kita. Oleh sebab itu, selepas makan tidak digalakkan merokok kerana perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.


5) STRESS

- Keadaan psikologi kita mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman kita. Stress adalah salah satu pencetus kepada perut kita. Hal ini disebabkan apabila stress, perut akan berasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih kembang. Oleh itu, untuk atasinya kita hendaklah belajar untuk tenang apabila menghadapi masalah dan dugaan hidup.


6) PERUBAHAN HORMON

- Hal ini berlaku terutama ketika menopaus bagi kaum wanita. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan?
Jawapannya “Ya, benar.
Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,

Ini pula khas untuk kaum adam..anda perlu baca jika anda mempunyai masalah perut buncit..
KENAPA LELAKI KURUS TAPI PERUT BOROIII??


PUNCA
Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak 'membiak' dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut.
Ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.
Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.

TABIAT

Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam.


Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak

nak cari supplement untuk masalah perut buncit?? jom klik di sini

Berhati-hati dengan lambakan pil kurus/pil diet di pasaran sekarang. Terlau banyak produk2 khas untuk turunkan berat badan..jangan hanya kerana inginkan harga yang murah, kita  tidak mengambil kira kesan sampingan yang akan datang..Ada pil diet  memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Jadi berhati-hati yea..pastikan Produk itu halal, mendapat kelulusan KKM , selamat serta telah menjalani ribuan ujian klinikal...

Ada orang kata boroi itu seksi!!Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks.

Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3.

Pertama, kawal pemakanan. 
Kedua, rajin bersenam dan 
ketiga banyakkan makanan organik. 

Ini salah satu testimoni yang mengambil supplement Shaklee untuk masalah buncit..





Terima Kasih

RESDUNG??RAWAT SEBELUM PARAH!!!!!!!!!

Apa itu resdung??


















(Resdung)Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka,
sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-ronggapada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangatkecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagianhidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnyakuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkanpenghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Penyakit resdung boleh membawa maut
RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada peaskit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Tanda-tanda awal penyakit resdung
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.





Gejala resdung:

ü  Hidung tersumbat

ü  Tak boleh tersilap makan, terutamanya seafood, mesti akan tergaru-garu lepas tu.

ü  Setiap pagi harus menghadapi bersin yang teruk sehingga menyebabkan hidung berair,

ü  Lendir daripada hidung dan tekak

ü  Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

ü  Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

ü  Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

ü  Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.


Punca resdung:

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

* Hidung bengkok

* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

* Jangkitan gigi atas

* Ketumbuhan di dalam hidung

* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas

* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:

v Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata

v Jangkitan otak (meningitis)

v Sakit tekak yang kronik

v Jangkitan tulang muka

v Memburukkan keadaan lelah

v Berdengkur yang kronik

v Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak

v Alahan hidung atau hidung sensitif


v Selesema biasa yang melarat.



Tip menguruskan resdung:

v  Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
v  Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
v  Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
v  Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
v  Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
v  Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
v  Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
v  Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
v  Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
v  Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

 credit

Shaklee pun ada supplement khas untuk merawat masalah resdung..ramai yang berpuas hati dengan Set Resdung ini..ia  mengandungi 3 jenis vitamin penting yang mampu meredakan masalah2 ini..jom kite tengok 3 jenis vitamin dlm set ini dan sejauh mana vitamin2 dapat membantu meredakan masalah2 ini..















Vitamin C :

-Bertindak sebagai anti-histamin, tanpa kita perlu mengalami side effect dari pengambilan drugs anti-histamin
-Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh badan
-Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
-Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage(Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
-Meningkatkan oksigenasi(oxygenation) pada tissue-tissue dalam tubuh badan
-Meningkatkan penyembuhan tissue

B Complex :
-B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
-Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
-Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
-Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

Alfafa :
-Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri.
-Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives).
-Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut utk mendapatkan set ini boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 010 5156952,

atau PM terus di FB..Pembelian akan saya sertakan sekali dengan konsultasi dan panduan pengambilan vitamin yang betul.
Terima Kasih

Sunday 7 December 2014

MASALAH BAU BADAN???AYUHH!! CEGAH SEBELUM PARAH!!!



Ada yang mempunyai masalah bau badan??
dah cuba pelbagai deodorant..
dah cuba pelbagai wangian..
dah cuba pelbagai petua...
namun..masalah bau badan tak juga hilang..
segannya..
kat suami/isteri..
segan kat kawan-kawan bila nak bergaul..
keyakinan diri hilang..
ayuhh..
rawat sebelum parah!!!
kenal pasti masalah..



Punca Badan Berbau

1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi :-D  Mandi pula sekali sehari sahaja huhu …

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. Hehe ada ke yang buat macam tu .. ?!

4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman ( sembelit ) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.

Tips Mengatasi Badan Berbau

Apa- apa hal sekali pun, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mengatasinya. Cubalah ikuti tips di bawah ini.

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini. Contohnya Dettol, Lifebuoy, Sebamed dan sebagainya. Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. Sekadar menyebut beberapa contoh …

4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

Menurut Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan melalui laman sesawang DEMC, kelenjar apocrine setiap manusia wujud pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut seperti ketiak dan bahagian sulit. Kelenjar apocrine ini mengandungi sebum dan bahan yang berlemak di mana peluh dirembeskan.

5. Jadi cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.

6. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.

7. Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

8. Amalkan petua mengatasi bau badan yang menjadi amalan turun-temurun warisan tradisi nenek moyang kita.

Insyaallah, petua mengatasi bau badan ini akan menyusul nanti. Jangan lupa singgah lagi untuk mengetahuinya.


Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:
  • Alfalfa Complex - Alfalfa Complex adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. 
  • Garlic – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau.
  • Herb-Lax - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-Lax shaklee boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Tetapi ada juga beberapa testimoni yang mengamalkan Alfafa, masalah bau badan hilang..tiada lagi bau tengik/masam pada badan.Tambhan pula Alfafa yang banyak dengan fungsi untuk dalaman..




Sebenarnya masalah bau badan tidak boleh ambil ringan dan perlu diatasi sebelum terlewat. Ianya berisiko dan boleh menyebabkan keyakinan diri hilang dan malu untuk bergaul atau bersosial. Ia juga memberi impak yang besar dalam suatu hubungan.Ada kes hubungan percintaan putus hanya kerana si lelaki tidak tahan dengan masalah bau badan si wanita ini.Itu dak kronik kan..Jangan ambil remeh..

jom pm saya..
saya bantu anda..
buang masalah bau badan..


sms / whatapps : 010 515 69 52


Terima Kasih

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati