Tuesday 23 September 2014

SET KULIT/KECANTIKAN SHAKLEE

 set kecantikan adalah rangkaian vitamin untuk memelihara kecantikan dan kesihatan kulit dari dalam.

Ia mengandungi vitamin C, B complex dan vitamin E...






















Kebaikkan dan fungsi Vitamin C

 -membantu membina kolegen yang penting untuk menguatkan sel-sel tisu dalam badan

 -antioksida yang baik

 -membantu pulihkan sel akibat luka


Kebaikan dan fungsi Vitamin B Complex

 -Mengandungi B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.

 -Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.

 -atasi kelesuan


Kebaikkan dan fungsi Vitamin E

 -anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel

 -anti aging vitamin

 -merawat dan mencerahkan parut

 -membantu kemusnahan vitamin A dan C

 -membantu penyerapan oksigen


jika anda mempunyai masalah kulit muka yang kronik, boleh mencuba ‘vitamin booster’ untuk kulit iaitu vitamin 3 serangkai di atas yang di tambah dengan pengambilan Protein (ESP) dan GLA Complex.
 Menariknya vitamin semulajadi Shaklee ini boleh diambil oleh lelaki mahupun perempuan. Boleh dikongsi suami isteri mahupun seisi keluarga. Sangat menjimatkan..

Supplement di atas yang saya amalkan sejak saya start ambil supplement shaklee pada tahun 2012..banyak membantu masalah kulit muka saya yang kronik satu ketika dulu..Alhamdulillah banyak perubahan yang baik..

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi saya atau sms/whatsapp di talian 010  5156952  ..saya kongsi pengalaman saya mengambil Set Kulit Shaklee ini...

Terima Kasih

Saturday 20 September 2014

PENYUSUAN SETAHUN

Hari ini genap setahun penyusuan penuh permata hati kedua saya Nur Ain Aqeela yang bermaksud cahaya mata yang cerdik...

Bila sebut penyusuan susu ibu...saya memang sangat passion..jatuh hati dan memang sangat suka berkongsi cerita..berkongsi pengalaman...tp jauh sekali mendabik dada ye...mungkin sebab dari anak pertama lagi saya melalui perjalanan penyusuan ini..

nak kata mudahnya perjalanan penyusuan ni..hanya saya yang melalui..jerit perit..kesungguhan dan pengorbanan..penyusuaan memang tak semudah yang mungkin orang sangka mudah..kalau badan ibu tak sihat belum tentu dapat menyusu anak dengan baik..

setahun.cepat rasanya berlalu..tp dalam tempoh setahun ini saya tidak pernah berhenti pump dan tidak pernah berhenti menyusu anak...dalam setahun ini adakala datang ujian kecil seperti demam teruk...sakit kecil...susu drop...anak tak sihat..stok ebm cukup2 makan...pump rosak..lupa nak simpan susu  dlm freezer..tp saya anggap ini semua ujian dan saya pandang dari sudut positif.....

pernah stok abm saya banyak dan terbit rasa hati nak mencari anak susuan untuk berkongsi rezeki dengan nur ain aqeela...Alhamdulillah hajat dipermudahkan  dan mendapat restu suami ...Alhamdulillah walau hanya dapat bekalakn untuk beberapa bulan sahaja tp saya bersyukur dapat membantu anak syurga yang memerlukan...

Buat para ibu diluar sana..jangan putus asa dalam melalui tempoh penyusuan..kita tak perlu susu yang melimpah ruah..yang banyak untuk anak kita...tp hanya perlu susu yang cukup untuk anak..

Buat ibu yang bekerja..di sini saya kongsikan tips penyusuan susu ibu :

Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Untuk sekadar ringkasan, saya kongsikan 5 tips berikut:


1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya maklumat berkenaan ibu yang bekerja.
Sebelum apa2 pun, kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain di blog2, forum2 atau group2 mengenai kejayaan mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh membantu anda nanti. Teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan susu ibu merupakan antara ilmu2 yang amat perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu di encik Google.. nah… berderet result keluar… :)


2) Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.
Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan harga yang berbeza2. Pilihlah breast pump yang kita rasa selesa untuk guna. Hanya satu yang saya mintak tolong kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu memandangkan masa yang terhad… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok…



Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu.


3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.
Mula untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. Susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, mulakan untuk mengajar anak kita untuk menyusu melalui botol secara berperingkat untuk mengelakkan anak kita dari enggan untuk menyusu melalui botol.
-saya dulu start pump sewaku hari ke5 bersalin...tapi bukanlah hari ke 5 dah star bg botol kat bayi


4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.
Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga.

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan dari kritikan2 luar. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat. Satu hari, saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri. Saya dapati saya boleh jimatkan banyak masa sebab saya pam sambil buat kerja.. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. :) Yang penting tutup segalanya. Aurat tetap perlu dijaga.


5) Beritahu majikan anda
Bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, penggunaan elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dengan niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. :) Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam.


6) Percaya “Saya boleh”..
Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. Katakanlah "Saya Boleh.."

sumber
Terima Kasih

Wednesday 17 September 2014

SUPPLEMENT UNTUK LETIH DAN LESU

SENTIASA LETIH DAN LESU??TIDAK BERTENAGA DAN CEPAT PENAT??



Saya juga tidak terlepas dari merasa letih dan penat..Sepanjang hari bekerja dan menguruskan rumah tangga memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

~~VitaLea Iron Formula - mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik

~~B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.

~~ESP Soy Protein Isolate Powder - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress.

~~OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena

Sebarang pertanyaan lanjut..jom pm saya

sms/whatapps ; 010 515 6952..
Cod : Ipoh

setiap pembelian akan disertakan dengan consultasi penuh...


Terima Kasih

Tuesday 16 September 2014

SUPPLEMENT UNTUK MENGERJAKAN HAJI


SUPPLEMENT UNTUK MENUNAIKAN HAJI / UMRAH

Alhamdulillah..sekarang musim orang pergi Haji,,tak lama lagi, Zulhijjah atau bulan Haji akan menjelma..

Pastinya ada anak-anak yang mencari-cari supplement untuk bekalakan kepada ibu bapa sepanjang mereka mengerjakan haji...pastinya kita mahu ibu bapa kita mempunyai kesihatan yang baik untuk menjejak kaki di tanah suci nanti.

Antara produk yang boleh saya sarankan untuk jemaah umrah haji ialah beberapa pemakanan yang utama iaitu:

1. Performance Drink- untuk mencegah masalah pengdehidratan sepanjang berada di sana terutama waktu panas terik. Ianya juga baik demi memastikan jemaah umrah haji ini sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.



2. B Complex- Ianya bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenangan kepada tubuh .Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna , adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur maka B complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenaga walau kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.




3. Nutriferon - sangat penting untuk imun tubuh kita. Bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.





4. Kalsium @ Ostematrix- Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium juga tidak boleh dipandang remeh. Ianya sangat penting agar kaki kita tidak mudah merasa kebas atau bahasa lain terasa seperti sesemut atau lebih teruk boleh terjadi ialah kekejangan kaki akibat terlalu lama berdiri atau banyak berjalan.


Untuk pertanyaan lanjut..boleh hubungi saya di talian 010 5156952


Terima Kasih

Thursday 11 September 2014

SUPPLEMENT UNTUK MASALAH MIGRAIN

Korang pernah tak mengalami masalah migrain?? Bagi yang pernah mengalaminya tentu mnyakitkan. .kepala berdenyut-denyut di sebahagian kepala..

Punca migrain terlalu banyak untuk disenaraikan..antaranya ialah ;
★ Terlalu banyak mengambil kafein
★ Kurang zat dan nutrisi dalam tubuh...
★ Stress dan kurang rehat
★ Sindrom pra haid
★Perubahan hormon pada wanita

Apabila sakit migrain menyerang, ramai yang mengambil ubat penahan sakit. Tahukah korang terdapat ubat penahan sakit yang diambil mengandungi dos dadah yang berlebihan . Jika diambil secara berterusan ia mampu untuk menjejaskan kesihatan tubuh badan.

Ramai yang beralih kepada supplement semulajadi..

Supplement Shaklee untuk masalah migrain :

B COMPLEX
★ Bantu reda sakit kepala
★ Bantu reda stress
★ Kandungan vitamin B 2 dan B6 terbukti mrngurangkan kesakitan

OSTEMATRIX
★ Bantu tenangkan saraf
★ Perbaiki kemurungan , perubahan mood dan sakit kepala
★ Elak pembuluh darah jadi kejang yang merupakan salah satu punca migrain

PILIHLAH SUPPLEMENT YANG SELAMAT DAN SIHAT BERBANDING PENGGUNAAN UBAT UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH YANG BOLEH MENYEBABKAN BAHAYA UNTUK JANGKA MASA PANJANG..

SMS / WHATAPPS : 010 5156952

Terima Kasih

Friday 5 September 2014

Letih, Lesu Ketika Hamil

Letih, Lesu Ketika Hamil
====================




Rasa letih dan lesu adalah perkara normal yang berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Adakalanya rasa itu tetap tidak hilang walaupun sudah mendapat tidur yang secukupnya apatah lagi sekiranya ibu sukar mendapatkan tidur yang lena.

Masalah insomnia adalah ketidakupayaan tidur pada waktu malan, yang pastinya akan mengganggu keselesaan anda di siang hari. Kebanyakan wanita hamil berasa keletihan melampau pada trimester pertama kehamilan. Ia adalah normal!

Ini merupakan cara badan anda memberitahu yang anda memerlukan rehat secukupnya. Pada trimester kerdua pula, keletihan hilang dan digantikan dengan perasaan sihat dan bertenagan. Tetapi pada trimester akhir pula, rasa keletihan kembali semula.

√√ Mengapa ibu berasa terlalu letih?

Bayi dalam kandungan hidup selama 24 jam dan metabolismanya sentiasa bekerja walaupun ketika waktu tidur ibu. Sudah tentu ia memberi kesan kepada tindak balas badan anda.

Semakin anda membesar, tidur menjadi semakin sukar. Pergerakan bayi, larian ke bilik air, berpeluh di waktu malam dan peningkatan kadar metabolism badan mungkin mengganggu tidur anda. Begitu juga dengan masalah kaki kejang yang pastinya mengejutkan tidur malam anda.

√√ Bagaimana meredakan keletihan dan mengelakkan insomnia?

*Berbaring pada sebelah kiri anda.

*Gunakan bantal untuk menyokong di bahagian belakang badan, kepit di antara lutut dan bawah perut anda.

*Amalkan tabiat tidur yang baik seperti masuk dan bangun tidur pada waktu yang sama setiap hari dan gunakan katil hanya untuk tujuan tidur dan hubungan kelamin.

*Tidur awal.

*Tidur sebentar jika anda tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam.

*Minum air yang diperlukan pada awal hari, jadi anda hanya perlu minum sedikit sahaja beberapa jam sebelum waktu tidur.

*Cuba mandi air suam. Perubahan suhu sebaik anda selesai mandi mungkin menenangkan dan mudah untuk anda tidur.

*Minum susu suam ketika waktu tidur.

*Cuba urutan menenangkan.

*Cuba menonton TV atau membaca sehingga anda berasa mengantuk.

CREDIT TO :Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

Supplement ibu hamil untuk masalah letih dan lesu??
Shaklee menyediakan supplement untuk ibu cergas sepanajang hamil...

hubungi saya di talian

 010 5156952
Puan Nik,,,
Terima Kasih

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati