Wednesday 22 May 2013

NIKMATNYA SUSU IBU

PENYUSUAN SUSU IBU EKSKLUSIF





1) Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu.

2) Kuantiti kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Bayi hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama hingga hari ketiga.

3) Semakin kerap payudara dikosongkan , semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan pengosongan payudara.

4) Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payudara dikosongkan 8 hingga 12 kali dalam tempoh 12 jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payudara apabila berjauhan dengannya.

5) Bayi berupaya untuk hidup, 1 hingga 2 hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.

6) Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat meransang lebih banyak penghasilan susu ibu.

7) Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan bayi. Hisapan bayi adalah ransangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan dia menyusu sepuasnya dan anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dapat dikosngkan dengan sebaik-baiknya.

8) Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payudara, pam sebelah lagi payudara . Hal ini bagi memastikan payu dara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.

9) Jika stok sedikit, amalkan power pumping setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya anda perlu mengepam 1- minit - rehat 10 minit - pam 10 minit - rehat 10 minit - dan pam 10 minit dalam tempoh sejam.

10) Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air kosong minimum 3 hingga 4 liter sehari. 

11) Amalkan zikir Ya Mattin , 70 kali setiap kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan subuh serta sewaktu mengepam. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air dan minum.

12) Sebelum tamat tempoh cuti bersalin , anda perlu mengajar bayi anda menyusu susu ibu menggunakan kaedah alternatif seperti melalui botol susu selepas usianya 50 hari. Anda tidak boleh menyusukannya sendiri tetapi mintalah bantuan seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukannya.

sumber : pa&ma



Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati