Monday 8 December 2014

BUNCIT?? KURUS TAPI BUNCIT??KENALI PUNCANYA DAN TIPS PENYELESAIANNYA...

KENALI PUNCA, TABIAT DAN PENYELESAIANYS PERUT BUNCIT


Selalu kita baca petua dan tips  untuk kempiskan perut kan..tapi kita lupa sebelum ada penyelesaian mesti ada PUNCA kan..kenapa perut buncit itu berlaku kan...

Saya pasti perut buncit memang tidak menyelesakan, tambahan i kita akan berasa rendah diri dan apabila mempunyai masalah perut buncit.  Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang.

Ramai orang kata punca perut buncit adalah ais/ air sejuk kan..tapi sebenarnya pengambilan ais tidak menyebabkan perut buncit. Cuma untuk kesan lebih baik..seeloknya elakkan mengambil minuman berais pada kadar yang kerap.


Tips hilangkan perut buncit:

1. Elak @ kurangkan karbohitrat ringkas
2. Elak @ kurangkan process food

Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.

Karbohidrat Ringkas :
Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut. Dan semua jenis bun, donut, biskut dan kek.

Karbohidrat Kompleks :
Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.

kurangkan karbohidrat ringkas kerana jika berlebihan, karbohidrat jenis ini amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.

Apakah sebab perut menjadi buncit?



1) KETURUNAN

- Mengikut kata oleh seorang Pakar Kesihatan iaitu Dr. Selfie C. Rijal bahawa faktor keturunan yang diwarisi oleh turun temurun secara umumnya sukar untuk dielak namun boleh dikawal dengan sebaik mungkin.

2) PENUAAN

- Semakin meningkat usia, semakin berkurangan penghasilan hormon dehibroepiandrosteron (DHEA). Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon DHEA dengan masalah pengumpulan lemak di perut.


3) MAKANAN DAN MINUMAN

- Doktor kelulusan Universiti Padjajaran menjelaskan bahawa gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir merupakan musuh utama kepada perut kita kerana boleh membuatkan otot otot di perut menjadi sudah tidak tegang seperti biasa.

- Dari segi pemakanan pula, alkohol sangat berbahaya bagi tubuh badan kita. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang sangat tinggi, sama seperti kalori dalam makanan yang berlemak. Selain itu, apabila kita minum air alkohol, badan dan hati kita terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan alkohol dari tubuh badan dan pada masa yang sama proses menyaringkan gula akan tertangguh. Hal ini dimana, gila kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh kita sebagai lemak dan ini menyebabkan perut buncit.

- Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut buncit kerana makanan ini mempunyai jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.


4) TEMBAKAU /ROKOK

- Tembakau boleh menjejaskan aktiviti penghadaman dalam tubuh badan kita. Oleh sebab itu, selepas makan tidak digalakkan merokok kerana perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.


5) STRESS

- Keadaan psikologi kita mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman kita. Stress adalah salah satu pencetus kepada perut kita. Hal ini disebabkan apabila stress, perut akan berasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih kembang. Oleh itu, untuk atasinya kita hendaklah belajar untuk tenang apabila menghadapi masalah dan dugaan hidup.


6) PERUBAHAN HORMON

- Hal ini berlaku terutama ketika menopaus bagi kaum wanita. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan?
Jawapannya “Ya, benar.
Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik,

Ini pula khas untuk kaum adam..anda perlu baca jika anda mempunyai masalah perut buncit..
KENAPA LELAKI KURUS TAPI PERUT BOROIII??


PUNCA
Terlebih makan dan corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada lebihan berat badan sekaligus punca perut buncit. Hirisan daging dari burger dan stik panas, hirisan keju yang cair meleleh dan makanan segera yang lazat mengandungi banyak lemak tepu yang menjadi punca lemak 'membiak' dengan aktif. Jika anda kurang bersenam dan usia pula semakin meningkat, tahap metabolisma akan menjadi perlahan dan memudahkan lemak berkumpul di perut.
Ada sesetengah lelaki cenderung untuk boroi kerana disebabkan genetik. Jika ibu bapa atau datuk nenek anda mempunyai saiz perut yang gemuk, anda mungkin akan mengalaminya. Sebaliknya, jika anda pandai mengawal berat badan, anda mungkin tidak akan digelar lelaki perut buncit seperti mereka.
Berbanding wanita, lelaki lebih cenderung buncit. Hormon seks dan hormon tekanan pada lelaki boleh menyumbang kepada penyimpanan lemak pada perut. Berbeza wanita, mereka cenderung buncit disebabkan putus haid dan hormon yang hadir ketika haid.

TABIAT

Apabila anda tidak makan, anda akan makan dalam kuantiti yang banyak kelak. Lebih baik anda ambil makanan dalam porsi yang kecil tetapi kerap. Menurut pakar pemakanan sihat, Jivesh Shetty, anda perlu menipu badan dengan hidangan yang kecil tetapi kerap untuk mengekalkan kadar metabolisma yang sentiasa tinggi. Bukannya merasa lapar dan makan dengan lahap seterusnya untuk balas dendam.


Gemar mengambil makanan yang konon-kononnya tidak mengandungi gula seperti yogurt, snek rendah lemak atau air soda tanpa pemanis tidak akan membantu anda untuk tidak buncit. Sebenarnya, pemanis tiruan ini mencetuskan metabolisma anda untuk menambah lemak

nak cari supplement untuk masalah perut buncit?? jom klik di sini

Berhati-hati dengan lambakan pil kurus/pil diet di pasaran sekarang. Terlau banyak produk2 khas untuk turunkan berat badan..jangan hanya kerana inginkan harga yang murah, kita  tidak mengambil kira kesan sampingan yang akan datang..Ada pil diet  memberi kesan kepada sistem saraf dan tidak semua produk itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Jadi berhati-hati yea..pastikan Produk itu halal, mendapat kelulusan KKM , selamat serta telah menjalani ribuan ujian klinikal...

Ada orang kata boroi itu seksi!!Tapi perlu diingatkan bahawa kandungan lemak dalam perut boleh menyebabkan penyakit seperti kanser, strok, diabetis, kolesterol tinggi dan lemah aktiviti seks.

Langkah elak perut boroi adalah semudah 1, 2, 3.

Pertama, kawal pemakanan. 
Kedua, rajin bersenam dan 
ketiga banyakkan makanan organik. 

Ini salah satu testimoni yang mengambil supplement Shaklee untuk masalah buncit..





Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati