Sunday 7 December 2014

MASALAH BAU BADAN???AYUHH!! CEGAH SEBELUM PARAH!!!



Ada yang mempunyai masalah bau badan??
dah cuba pelbagai deodorant..
dah cuba pelbagai wangian..
dah cuba pelbagai petua...
namun..masalah bau badan tak juga hilang..
segannya..
kat suami/isteri..
segan kat kawan-kawan bila nak bergaul..
keyakinan diri hilang..
ayuhh..
rawat sebelum parah!!!
kenal pasti masalah..



Punca Badan Berbau

1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi :-D  Mandi pula sekali sehari sahaja huhu …

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. Hehe ada ke yang buat macam tu .. ?!

4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman ( sembelit ) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.

Tips Mengatasi Badan Berbau

Apa- apa hal sekali pun, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mengatasinya. Cubalah ikuti tips di bawah ini.

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini. Contohnya Dettol, Lifebuoy, Sebamed dan sebagainya. Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. Sekadar menyebut beberapa contoh …

4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

Menurut Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan melalui laman sesawang DEMC, kelenjar apocrine setiap manusia wujud pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut seperti ketiak dan bahagian sulit. Kelenjar apocrine ini mengandungi sebum dan bahan yang berlemak di mana peluh dirembeskan.

5. Jadi cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.

6. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.

7. Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

8. Amalkan petua mengatasi bau badan yang menjadi amalan turun-temurun warisan tradisi nenek moyang kita.

Insyaallah, petua mengatasi bau badan ini akan menyusul nanti. Jangan lupa singgah lagi untuk mengetahuinya.


Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:
  • Alfalfa Complex - Alfalfa Complex adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan. 
  • Garlic – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau.
  • Herb-Lax - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herb-Lax shaklee boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.
Tetapi ada juga beberapa testimoni yang mengamalkan Alfafa, masalah bau badan hilang..tiada lagi bau tengik/masam pada badan.Tambhan pula Alfafa yang banyak dengan fungsi untuk dalaman..




Sebenarnya masalah bau badan tidak boleh ambil ringan dan perlu diatasi sebelum terlewat. Ianya berisiko dan boleh menyebabkan keyakinan diri hilang dan malu untuk bergaul atau bersosial. Ia juga memberi impak yang besar dalam suatu hubungan.Ada kes hubungan percintaan putus hanya kerana si lelaki tidak tahan dengan masalah bau badan si wanita ini.Itu dak kronik kan..Jangan ambil remeh..

jom pm saya..
saya bantu anda..
buang masalah bau badan..


sms / whatapps : 010 515 69 52


Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati