Saturday 26 January 2013

GASTRIK DAN ESP

GASTRIK...PEDIHNYAAA PERUT...



Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, anda kemungkinan menghidap gastrik dan perlu segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
  • Hilang selera makan
  • Pedih dan sakit perut 
  •  Terasa sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 
  • Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
  • Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
  • Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
  • Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
  • Berat badan susut


Gastrik ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa kerana gaya hidup kita pada masa kini yang kurang sihat. Jadi sekiranya anda baru pertama kali menghidap gastrik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, anda perlu elakkan:

Makanan Bercili
Ketika menghidap gastrik, anda adalah sama sekali dilarang makan makanan yang pedas/ menggunakan cili walaupun ianya hanyalah sos cili apatah lagi sambal belacan. Bak kata doktor, apa yang dirasa di perut, tak dirasa di mulut.

Makanan Masam
Selain makanan yang pedas, anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju. Ya, anda tidak boleh makan pizza dan juga burger ber 'cheese'.


Kopi
Kebiasaannya zaman belajar memang tak boleh lari daripada kopi. Jadi, elakkan minum kopi kerana ianya mengandungi kaffein yang menghakis perut anda.


Minuman Bergas & Makanan Berangin
Elakkan minum minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya akan membuatkan perut anda berangin


Merokok
Apa lagi perlu dikatakan, merokok banyak mendatangkan kemudaratan. Berhenti sajalah.


Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.


Tahukah anda..apabila anda menghidap gastrik, anda perlu mengambil ubat yang diberi sekitar 2 hingga 8 minggu. Sekiranya tempoh 8 minggu itu anda masih belum pulih, mungkin anda terpaksa perlu membenarkan doktor memasukkan kamera kedalam perut anda untuk melihat suasana dalam perut anda.

 Ingin mencuba rawatan gastrik dengan cara yang selamat?Amalkan pengambilan Esp setiap hari sebelum mengambil sarapan pagi...Pilihan yang selamat..semulajadi dan berkesan...

Tahukah anda ESP merupakan produk terlaris Shaklee..Rebutlah sementara stok masih ada. Untuk makluman, ESP Shaklee sangat laris di pasaran, kerana kualitinya yang mantap dan kesannya yang sangat dirasai, di samping rasanya yang enak serta kesedaran rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda!

Anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut??Boleh hubungi saya  di :
 sms@call@whatapps : 0107878024





Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati