Saturday 26 January 2013

VITAMIN C SHAKLEE

VITAMIN C SHAKLEE TERBAIKKKK



Apakah Vitamin C? 

Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan beberapa spesies haiwan tertentu, dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif.  Ia juga merupakan co-factor dalam sekurang-kurangnya 8 tindak balas enzim, termasuk tindak balas sintesis beberapa jenis kolagen yang boleh menjadi penyebab simptom kegagalan penerimaan Vitamin C seperti penyakit kancing gigi.

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C.   Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg adalah Vitamin C dengan pelepasan berperingkat iaitu dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C secara berterusan jam demi jam.  Itulah keistimewaan yang terdapat pada Vitamin C Shaklee..


Apakah fungsi Vitamin C?

  • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.
  • Pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting.
  • Untuk metabolisma asid folik, tairosin, dan phenylalanine.
  • Boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
  • Mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti.
  • Meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak merbahaya, olehyang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan. Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi.
  • Mengurangkan "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan "high-density lipoproteins" (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.


Apakah Akibat Kekurangan Vitamin C?


  • Lemah badan
  • Sakit-sakit dan sengal badan
  • Bengkak gusi
  • Hidung berdarah
  • Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
  • Anemia


Siapakah yang perlukan Vitamin C?


  • Perokok (kerana Vitamin C dapat membersihkan darah dari logam berat dan mengelakkan buah pinggang rosak).
  • Penghidap Darah Tinggi (kerana Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat).
  • Orang yang stress kerana ia boleh memusnahkan Vitamin C dalam badan.
  • Orang yang mengalami gusi/hidung berdarah.
  • Orang yang tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Selsema kerana Vitamin C meningkatkan antibodi badan.


Sumber-sumber Vitamin C


  • Buah-buahan (buah beri, buah-buahan sitrus, avocado, black currants, anggur, lemon, mempelam, oren, betik, nenas, strawberri)
  • Sayur-sayuran (sayuran hijau, asparagus, sawi hijau, kacang peas hijau, bayam, kobis bunga, kubis,bawang, tomato dan selada air)
  • Sumber haiwan (hati anak lembu, hati lembu, tiram, telur ikan kod, hati ayam dll)









Sustained Release Vitamin C Shaklee

Sustained release adalah teknologi yang sangat2 membantu Vitamin C untuk kekal lama di dalam badan. Setiap sejam, hanya 100mg vitamin C dilepaskan di dalam badan, jadi, ia akan bertahan selama 5jam di dalam badan. Mengapa perlu teknologi ini? Kerana vitamin C bersifat larut air dan mudah termusnah oleh suhu yang tinggi, stress dan sebagainya.
Satu tablet Vitamin C ini mengandungi 500mg, bersamaan dengan memakan 7.5 buah oren! Bolehkah kita makan sebanyak itu utnuk mendapatkan dis yang diperlukan badan setiap hari? Fikir-fikirkan ..;-))


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Berminat untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee yang sangat istimewa ini?Boleh hubungi saya di talian 010-7848024

fb pages : mu supplement shoppe
fb : http://www.facebook.com/MamaQaireen



Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati