Tuesday 4 November 2014

SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK MASALAH GAUT







Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui



Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui
Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui l 
Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah “gout” berasal daripada perkataan bahasa Latin, “gutta” yang bermakna ‘setitis’, disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui:
1.Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
2.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
3.Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
4.Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
5.Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
6.Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
7.Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Gicht am Grosszehgelenk Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Diketahui
4 peringkat Gout yang nyata:
1. Asimptomatik
2. Akut
3. Interkritikal
4. Kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu.
Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi. Jika anda merasakan mempunyai tanda-tanda penyakit gout yang disebutkan, sila lah bertemu dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan ia terus merebak.
Jom kita ubah gaya hidup kita..jaga pemakanan yang sihat..aktifkan diri dengan senaman..dan kurangkn makan makanan yang berasid tinggi...dan juga cegah dan kawal dengan Supplement Shaklee..
Gabungan Performance Drink, Omega Guard dan Alfafa InshaAllah membantu anda yang mempunyai masalah sakit Gaut ini..
untuk pertanyaan lanjut..boleh hubungi saya di talian 010 515 69 52 (sms/whatapps )









Terima Kasih

No comments:

© sihat dan cantik dengan Natural Supplement | Template Designed By Blog Bingkisan Hati